Terlayar di ruang minda
Kenangan lama mengusik jiwa
Ku tanya diri, mengapa?
Barangkali,rindu agaknya..
Sering ku lalu di taman itu
Tempat kita dahulu bermain dan bertemu
Menjengah ke masa lalu
Hati sedih dan pilu
Pokok ceri dahulunya segar dan ceria,
Tempat kita bersua di atas juga di bawahnya
Kini ku lihat lesu tak bermaya
Sejenak ku fikir,mengapa?
Mungkin tiada kamu,agaknya..
Suaramu, tawamu, perlakuanmu
argh..seringkali bertamu
Ya Allah, bantulah aku
Tabahkan hatiku, menerima ketentuanmu
Hampir 10 tahun berlalu
Gambar kita bersama, ku simpan kemas dalam albumku
Kenangan kita masih segar di ingatan seperti dahulu
Perlahan-lahan ku didik dan ajari hatiku
Untuk menerima takdir bahawa Allah lebih menyayangimu
Di pusaramu,sahabat-sahabatmu titipkan doa
Moga dikau aman di sana
Sekaligus menginsafi diri bersama-sama
Bahawa kita semua akan kembali kepada-Nya
Al-fatihah buat Mufidah Husna.
28July
12.32 a.m
Saturday, 27 July 2013
Aku & Kamu
Posted by Unknown at 09:42
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment