Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..
Kisah Sejarah
Ainul Mardhiah...( bidadari syurga)
Bidadari
merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga.
Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan
bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala
bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah
untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah
swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum.
Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah
masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw
bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal
tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa
mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya
dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah
dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah
(bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
Bidadari-bidadari itu (cantik
berseri) seperti permata delima dan marjan.
QS. ar-Rahman
(55) : 70
Di dalam
surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman
(55) : 72
(Bidadari-bidadari)
yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman
(55) : 74
Mereka tidak
pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang
menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
'Ainul
Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan
bidadari-bidadari
yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi
memberi targhib iaitu (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah
untuk agama Allah) katanya “siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid,
maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2
syurga”. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat
hendak tahu
bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
Tetapi sahabat
ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada
sahabat-sahabat
yang lain. Namun dia tetap memberikan nama sebagai salah sorang yang akan
keluar di
jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka
sahabat yang
muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi, tidur
bersama-sama
sekejap.
Tiba-tiba
dalam tidur sahabat tersebut,dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh
indah.
Dia bertemu
dengan seseorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,
lalu sahabat
ini bertanya ,"di manakah aku
berada?", lalu ada
suara yang menjawab, “Inilah
syurga,” tiba2
dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang
Nabi saw
bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini.
Disuatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat
kecantikan yang
sebegitu,tak
pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, “andakah Ainul
Mardhiah?” ,wanita itu menjawab “ehh, tidak saya penjaganya, Ainul Mardhiah ada
di
dalam
singgahsana di sana.”
Lalu dia
berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang
lagi
wanita yang
kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi dilihatnya sedang
mengelap
permata2 perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi “adakah
ini Ainul
Mardiah?” lalu wanita itu menjawab, “eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam
mahligai ini,Ainul
Mardiah ada di atas mahligai sana,” lalu dinaikinya anak-anak tangga
mahligai
permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan.
Lalu sahabat
ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda
cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa
tadi,dan tidak
pernah dilihat didunia,lalu wanita itu berkata, “akulah Ainul Mardhiah, aku
diciptakan
untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,” bila lelaki itu mendekatinya wanita
itu
menjawab, “nanti!!,
kamu belum syahid lagi,” tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari
tidurnya lalu
dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan
gar jangan
menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di
ceritakan
kepada Nabi saw.
Petang itu
pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah
keluar
berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut
ketika
semua jemaah
telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah
menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan
sahabat yang
syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi
pemuda yang
syahid tadi. Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi
saw,Nabi saw
menjawab “benar,benar,benar” sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW
berkata “memang
benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa
di syurga”
sekian. :)